Sejak dari pada tahun 1998, I.B. PERABOT ENTERPRISE merupakan pembekal perabot dan barangan elektrik yang dipercayai, beroperasi terus dari kilang kami di Sungai Buloh. Dengan pengalaman lebih 25 tahun, kami menumpukan kepada pembekalan pelbagai produk yang memenuhi keperluan pelanggan kami. Antara produk yang ditawarkan termasuklah Perabot Ansuran Mudah Bulanan, yang membolehkan pelanggan membeli perabot dengan pelan ansuran bulanan yang fleksibel, Perabot Asrama yang direka khas untuk kegunaan asrama, serta pelbagai pilihan perabot untuk melengkapkan setiap ruang di rumah anda.
Selain perabot, kami juga membekalkan barangan elektrik berkualiti seperti peti sejuk jenama Midea (240 liter), mesin basuh jenama Midea (7.5KG), dan TV jenama Skyworth. Kawasan perkhidmatan utama kami merangkumi Selayang, Sentul, Gombak, Setapak, Keramat, Kepong, dan Sungai Buloh, di mana kami komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.